
Selepas habis exam matematik yang di berikan oleh KOMANDO,aku melangkah masuk ke makmal kimia.Kehadiran ku bagaikan tidak di sangka sangka oleh guru kimiaku,PN.HJH.Anawiyah.Dia melemparkan pandangan yang penuh sinis terhadap ku.Aku pun,dengan selamba bodoh ku,melabuhkan punggung ke atas kerusi sambil menghempas 'blazer' di atas meja.Aku melihat Ammir dan rakan ku yang lain,sibok membincangkan fasal sesuatu.Aku semakin curious terhadap mereka.
Sambil menajamkan pandangan ku terhadap Ammir,aku memasang telinga.Aku mendengar mereka berkata tentang experiment yang bakal dijalankan.Aku pun apa lagi,excited berok seh!Dengan muka selamba,aku mendekati mereka.Aku tepuk belakang Alif,lalu berkata,'nak join!'Alif memandangku dengan pandangan sinisnya.Dia menganguk tanda setuju. ^_^
Cikgu mengarahkan kami untuk mengambil alat2.Aku melihat sebuah beaker yg dilabelkan sebagai NaOH dan sebuah lagi di labelkan sebagai HCL.Aku mendekatinya.Namun,aku dilarang oleh cikgu.Aku pun pulang ke tempat asal ku.Aku melihat mereka yang sekumpulan dengan ku,menjalankan experiment itu dengan penuh kehairanan.
Aku teringin untuk menjadi 'camera man' untuk sekolah ku.Jadi aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar gambar mereka.Gelagat mereka telah mengukir senyuman di muka ku.Tengah sibuk2 mengambil gambar,"dush",suatu suara ku kedengaran.Aku melemparkan pandangan ku ke Ammir.Ammir membalas pandangan ku dengan dahi yang berkedut.Tiba2,Syafiq,atau nama saintificnya,Gaban,mengeluh.Dia pun berkata,'mampos aku kali ni.'Rupa2nya,dalam sibuk berpossing2 untuk bergambar,Gaban dengan tidak sengaja,telah tersenggol beaker lalu menyebabkan nya jatuh berkecai di atas lantai.Cuak seh~
Cikgu Anawiyah memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang telah terjadi.Dengan perasaan cuak,aku memberi laluan kepada Cikgu.Aku melihat Gaban yang masih tersengeh2.Apa yg kelakarnya pun,aku tak tahu.Sah2 si Gaban ni gila.Cikgu melihat lalu merekod sesuatu.Kerana tidak tahu namanya,Cikgu bertanya kepada Nabil,'Siapa yg buat punca ni?'Nabil dengan sikap lawyer buruknya,berkata 'GABAN,cikgu'!Ditemani oleh rakan2 lain,aku pun ketawa terbahak2.
psst*jahat tak kitaorg??hahaha XD
Tiba2,cikgu menjerit nama ku.Cikgu menanda namaku kedalam buku rekod makmal kimia.Sudah,mampos aku di blacklistkan!* Ada ke Gaban yang buat,aku dipersalahkan?tak patut,tak patut.haha.Semua mengelakkan aku.pergh,sedih siot*haha.Tapi itulah kali pertama aku berasa seronok berada dalam makmal kimia.Insyaalah,aku tak akan skip class kimia lagi. :P

HAHA!pehal cikgu uh?xpuas ati lagi.XD
ReplyDeletelol.biasalah.kitaorg budak separuh nakal dlm klas :3
ReplyDelete