
Gadis yang mempunyai senyuman yang manis sering menambat rasa cinta dalam diri ku.Namun ku sedar bertapa rapuhnya diri ku ini untuk menerima mutiara yang berbentuk hati yang di megah-megahkan oleh sang puisi,yang di salutkan pelbagai perasa cinta,dan juga tak di lupakan sistem rantai kata-kata manis di atur si peria untuk memperoleh sekuntum bunga di padang pasir.Alkisah seorang gadis yang bernama RAHSIA telah mencungkil rasa keikhlasan serta sayang ku terhadap dirinya.Sejak dari dulu,ku memerhatikan gerak gerinya,hingga kini,mata putih dan hitam ku masih memberikan 100% perhatian terhadapnya.Ku telah lihat zahir dan batinya,dan sah lah bahawa dia yang ku cari selama ini.Hatta,sesungguhnya diri si kuntum dapat ku perolehi,maka akan tersemai lah rasa damai dalam kehidupan ku yang penuh nostalgia ini.Kebahagian yang ku perolehi,emas serta masa yang sering mendampingi diri ku,akan ku berikan kepadanya tanda kesyukuran kehadiran jasad dan juga nyawa nya di samping ku.Insyallah,sekiranya terlakar nama ku dan dia,maka di hujung mahligai akan terpahat wajah ku dan dia di dada perjanjian yang di namakan jodoh.Sebelum itu.akan ku panjang kan doa kepada illahi untuk sentiasa berada di sisi yang tercinta dan berdoa agar sering di lindungi dari musibah. Amin :3

aminn.:]
ReplyDelete:>
ReplyDelete