Saya sering tanya pada diri saya.
Apa masalah saya sehinggakan awak tak dapat menerima saya?
Apa kekurangan saya?
Saya sering cerminkan diri saya setiap hari.
Oh.Akhirnya saya jumpa kekurangan saya.
Kekurangan saya adalah tidak mempunyai kelebihan berbanding mereka.
Ya saya tahu.
Saya tak berkelebihan seperti mereka kan? =)
Ini kerana saya sudah berikan kesemua kelebihan saya kepada awak.
Dan kini,
Saya tiada apa untuk dibanggakan selain menjadi penglipurlara yang menceritakan kemegahan seorang insan berketurunan hawa.
Saya kata saya telah bagi awak segala-galanya kan?
.tapi.saya tipu.
Saya tak berikan sesuatu kepada awak.
Tapi.
Kalau awak nak kan segala-galanya jugak,
saya boleh berikanya dengan hati terbuka.
Tapi masalahnya,
saya akan kehilangan awak untuk selama-lamanya.
Awak nak tahu apa yang saya belum berikan kepada awak?
Umm.
Saya belum berikan awak nyawa saya.
Tapi.
Saya sanggup berikanya sewaktu awak benar benar memerlukanya.
Percaya la akan cinta saya kepada awak. =)

No comments:
Post a Comment