Saya sering katakan kepada awak yang saya sayang awak.Saya sayang awak lebih dari saya sayangkan diri saya.Saya sanggup korbankan diri saya untuk awak.Saya sanggup berikan apa sahaja untuk awak.
Awak,
Saya sering lihat gambar awak dalam telefon bimbit saya tatkala saya merindui awak.Awak pernah berbuat begitu?Saya rasa tidak.Bila saya temui awak di library,saya sangat senang.Saya rasa rindu saya sudah terubat.Namun,tak lama.Kita dah lama tak berjumpa.dah nak dekat sebulan.Bila setiap kali saya ajak awak keluar,pasti ada alasan yang awak berikan.Saya rindu awak.
Awak,
Saya dah banyak berjumpa kaum hawa,tapi tiada yang pernah membuat saya rasa sungguh istimewa di samping mereka.Saya rasa sungguh istimewa bila dapat renung wajah awak.Orang kata,awak tak lawa.tak cantik.tapi pada saya,diorang sungguh buta.Awak sememangnya lawa dan sempurna orangnya,
Awak,
Saya tahu fizikal saya tak sebagus lelaki lain.Saya memang tak se'handsome' mereka.Saya tak sempurna akalnya.Tapi,saya tahu,hati saya sungguh mulia,dan percayalah,hati saya sangat mencintai awak.Kalau awak tak dapat nak mencintai diri saya,sekurang-kurangnya cintai lah hati saya.
Awak,
Demi Allah,saya sungguh mencintai awak.Setiap kali saya berdoa,saya akan selitkan kesejahteraan awak dalam doa saya.Saya berdoa untuk sentiasa bersama awak tat kala awak memerlukan saya ataupun tidak.Saya sering berdoa kepada Allah untuk bukakan hati awak untuk terima saya,tapi masih belum tercapai.
Awak,
Kenapa awak tak boleh menerima saya?Itu sahaja soalan saya.Soalan tu lah yang sering bermain difikiran saya.Awak,tolong jawab.Tolong.Saya merayu kepada awak. :'(
Saya sayang awak :'(

No comments:
Post a Comment