Powered By Blogger

Monday, September 27, 2010

hari pertama tanpa kehadiran mu di sekolah


Seperti biasa,aku berjalan dengan macho nya ke sekolah.Setibanya aku di tapak perhimpunan,aku menjenguk sejenak.Mencari tempat kebiasaan cikgu ku melabuhkan dirinya di atas kerusi yang di perbuat daripada plastik.Namun kelibatnya,tidak ku kelihatan.Baru ku sedar,bahawa,dia telah meningalkan sekolah ku.Air mata kesedihan mengalir di atas pipi ku.Namun ku 'cover cover' agar tidak di lihat oleh pelajar lain.Kalau tak,hancur lah reputasi ku.

Sejenak ku berfikir di dalam bilik pengawas,mengapakah aku bersedih?bukankah dia sudah menerimaku sebagai adik angkatnya?bukankah dia sudah berjanji untuk 'keep in touch' selalu?apa yang aku ingin,aku sendiri pun tak tahu.Bak kata Bunkface,'Aku keliru menjadi buntu'.Fikiran ku selalu melayang mengenang kan si dia.Kelibatnya sering bermain-main di minda dan mata ku.

Bila sahaja rakan2 ku menyebut nama dia,aku akan labuhkan muka ku ke atas ke dua dua tangan ku.Menahan kesedihan yang seolah olah menghantui ku.Apabila shaja Pn.Subha melangkah masuk,aku akan bersenyum sinis terhadapnya.Melihat pelajar lain yang memekak kat belakang kelas,aku cuba memberi perhatian seolah olah dia yang mengajar,walaupun pd hakikat yang hakikinya,dia sudah tiada di SMK.Tinggi Klang.Aku menjenguk tingkap sebentar untuk melayangkan fikiran ku.'Money' itu lah tajuk yang di beri oleh pn.Subha.

Sedang aku sibok melayan essay ku,tiba2 aku dapat merasa kehadirannya,aku menoleh dan melihat pn.subha yang masih berdiri sambil memberi Andy arahan untuk membaca 'introduction' karangan nya.Aku cuba untuk memberi perihatian.Namun perhatian ku makin kabur apabila mengimbas kembali 'suka-suki' yang telah ku kongsi bersamanya.Hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa besar makna kehadiranya dalam diri ku.Insyallah teacher,we'll meet again.I love u so much teacher.Thx for the memories :)
<3

2 comments:

  1. thank you so much shawal. saya terharu..i will never forget the moment with you guys in high school.the best moment in my life.

    dalam kelas jangan nakal2 tau. belajar elok2! :)

    ReplyDelete