Ya Allah.
Kuatkan lah hati aku.Cekalkan lah perasaan ku.Hilangkanlah rasa sedih ku.Air mata ku yang berlinangan,hentikanlah iya.Ya Allah,aku tahu kau sedang menguji ku.Aku tahu kau ingin lihat bertapa cekalnya perasaan ku,Aku tahu kau ingin mencabar keimanan ku,Aku sedar kekuatan mu ,Aku sedar kelemahan ku.Mata ku telah menyaksikan bertapa rapuhnya hubungan kami,tapi ya Allah,mengapa harus Kau uji aku sebegini rupa?
Telah aku katakan,akan ku setia kepadanya,akan ku berikan seluruh jiwa ku kepadanya,namun kenapa harus kau seksa kesetiaan ku,dan mengapa kau harus lenyapkan impian ku?Ya Allah,telah kau caturkan pelbagai cabaran dalam hidup ku,telah banyak cabaran aku tempuhi dengan sempurna,tapi kenapa cabaran kali ini harus kau kaitkan dengan cinta?Sesungguhnya kau lah maha mengetahui selok-belok erti kehidupan ku.
Sekiranya kau ingin gantikan dia dalam hidup ku,maka gantikan lah dia dengan diri nya sendiri.Kerana sesungguhnya tidak mampu untuk aku mencintai seseorang lebih dari nya.Ya Allah,aku mempunyai satu hasrat.Satu hasrat yang belum ku capai.Ku berhasrat agar kau buka kan mata dia yang aku sungguh muncintai dia,dan tiada wanita lain yang ku inginkan selain dirinya.Jodoh,Maut di tangan mu Ya Allah,namun aku berdoa setiap malam untuk memperoleh jodoh dengan si dia.
Subhannallah,
Kau lah maha aggung lagi maha mengetahui,
Maha mendengar dan maha memahami.
Cuba lah kau bisikan kepada dia bahawa aku sungguh cinta kepadanya.Bukan ku mengharapkan apa-apa yang lebih,hanya cintanya yang ingin ku peroleh.Kehidupan ku seolah terumbang-ambing selepas kewujudan seorang insan mu,yang telah merampas hatinya dari dekapan ku.Ya Allah,sekiranya ku salah mencintai seseorang,maka hukumlah aku,hukumlah aku seberat-beratnya kerna aku tahu,kesalahan ku tidak dapat di maafkan.Ya Allah,sekiranya dia bahagia disampingnya,maka aku gembira melihat kebahagiaannya,tapi sekiranya dia dipermainkan,maka akan ku laknat si jantan durjana itu dengan kedua belah tangan ku sendiri.Sesungguhnya dendam yang cuba ku hapuskan tidak dapat lenyap,ternyatanya ia semakin membara.Janganlah kau temukan ku dengan si teruna itu kerna ku khuatir akan hilang kewarasan ku.
Amin.

No comments:
Post a Comment