Setiap kali aku memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan,tiada siapa yang mahu hadirkan diri mereka.Setiap kali aku ingin beritahu yang aku cinta kan kau,kau tidak sanggup mendengarnya.Setiap kali aku cuba menghidupkan kembali perasaan cinta kita,kau pasti ada di sebelah ku untuk menghancurkanya.Namun setelah banyak kali kau hancurkan impian aku,aku tetap menyusun kembali serpihan serpihan cinta.
Apabila aku merindui kau,
Akan ku sebut sebut nama kau.'Nadiah,Nadiah.Di manakah kau?'Dan sekiranya aku inginkan seseorang untuk berkongsi masalah,akan ku buka gambar kau dan mula berbicara denganya.Dan apabila ku sedar kewarasan ku semakin pudar,aku melarikan diri ku ke alam fantasi di mana aku dapat menemui kau.Di mana dunia kau dan aku bersatu.Di mana kau dapat menerima cinta aku.Tapi itu semua hanya khayalan.Hanya khayalan ku untuk mencintai seseorang yang sempurna seperti kau.
Di saat kau memerlukan aku,
Aku hadir di sisi kau.Di saat kau perlukan seseorang untuk berbicara,aku tampil di hadapan kau dan rela berkongsi beban kau.Di saat kau memerlukan seseorang untuk mengukir senyuman di bibir kau,dan aku lihat tiada yang mahu tampil,aku bangun dan cuba buat kau tersenyum.Apabila kau memerlukan aku,akan aku sentiasa di sisi kau.Dan apabila aku tidak lagi di perlukan,aku akan kembali di tepi tong sampah,di mana kau buang aku ketika kau sibuk melayan mereka.
Kau mengerti apa maksud kehadiran diri kau dalam dunia ku.Tetapi kau masih tidak mengenal apa ertinya untuk mencintai diri kau.Jika aku hanya sebuah patung permainan dalam hidup kau,aku harap sangat sangat agar kau tidak bohsan bermain dengan aku.Dan apabila puas kau bermain dengan aku,maka letaklah aku dalam dekapan kau agar senang untuk kau mencari aku disaat kau memerlukan aku.Dan apabila aku membosankan kau,janganlah kau lupa saat kau hadir depanku untuk bermain denganku.Dan apabila tiada lagi kegunaan aku dalam hidup kau,maka simpanlah aku dalam peti permainan kau agar dapat kau melawat ku sekali lagi.
:')

No comments:
Post a Comment